Friday, November 16, 2012
Saturday, November 3, 2012
|
|
Friday, November 2, 2012
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
KSSR BAHASA MALAYSIA
Mata Pelajaran dan Kelas
|
Bahasa Malaysia Tahun 2
Bestari
|
Tema/Tajuk
|
Kebudayaan – Makanan Kita
|
Masa
|
7.30 – 8.30 oagi
|
Standard Pemkbelajaran
|
1.4.4 / Literasi 3.2
|
Objektif Pembelajaran
|
Pada akhir pembelajaran
dan pembelajaran, murid dapat :
i.
Bertutur
untuk menyatakan permintaan dengan betul.
ii.
Bertutur
untuk menyatakan permintaan dengan intonasi yang betul secara bertatasusila.
iii.
Literasi
:
Menyebut
dan memadankan frasa yang mengandungi suku kata terbuka dan suku kata
tertutup dengan gambar.
|
Aktiviti
|
1.
Menunuturkan
ayat-ayat permintaan yang telah didengar daripada dialog.
2.
Main
peranan sebagai penjual dan pembeli.
3.
Berbincang
tentang cara yang betul membina ayat permintaan berdasarkan situasi
berdasarkan situasi dan menuturkannya semula.
4.
Menulis
ayat permintaan berdasarkan gambar, slaid, power point atau situasi pada
komputer, papan tulis atau lembaran kerja.
Aktiviti Literasi
1.
Mengeja,
menulis dan menyebut frasa menunjukkan permintaan dengan bimbingan guru.
2.
Memadankan
frasa menunjukkan permintaan dengan gambar yang sesuai.
|
EMK
|
Nilai Murni – berbudi
bahasa, jujur.
Keusahawanan – sikap dan
pemikiran keusahawanan.
|
Bahan Bantu Belajar
|
Radio/komputer, slaid
power point gambar-gambar tunggal, kad gambar dan lembaran kerja.
|
Penilaian Pengajaran dan
Pembelajaran
|
Murid menuturkan ayat-ayat
permintaan berdasarkan gambar situasi atau slaid powerpoint yang dipaparkan.
|
Refleksi
|
30 orang daripada 36 orang
murid telah mencapai objektif P&P. Murid yang belum menguasai akan diberi
bimbingan.
Murid yang telah menguasai
akan diberi latihan pengayaan.
|
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
KSSR BAHASA MALAYSIA
Mata Pelajaran dan Kelas
|
|
Tema/Tajuk
|
|
Masa
|
|
Standard Pemkbelajaran
|
|
Objektif Pembelajaran
|
|
Aktiviti
|
|
EMK
|
|
Bahan Bantu Belajar
|
|
Penilaian Pengajaran dan
Pembelajaran
|
|
Refleksi
|
|
KONSEP THE 3 FIVES
PENDAHULUAN
Sebagai permulaan, kita akan cuba memahami
konsep ini melaluai asas gaya hidup sihat yang disarankan oleh WHO melalui
brossernya yang berjudul “The 3 Fives” . Konsep “The 3 Fives” menekankan kombinasi
keselamatan makanan, pemakanan dan aktiviti fizikal yang diperkenalkan untuk
kegunaan atlet dalam Sukan Olimpik
Beijing 2008 dan juga diamalkan juga oleh Jabatan Kesihatan Afrika Selatan
sempena Piala Dunia 2010.
Konsep
”The 3 Fives” ini secara
umumnya, menekankan mengenai gaya hidup sihat berkait rapat dengan konsep
kualiti hidup. Ia melibatkan perubahan dalam masyarakat dan sistem sosial
daripada keadaan yang dianggap tidak memuaskan kepada keadaan yang lebih baik.
Dengan demikian, kualiti hidup yang merangkumi pembangunan individu yang sihat
dan dapat menyumbang dalam pembangunan Negara.
ekonomi tetapi meliputi juga aspek lain
seperti sosial, psikologi, kebudayaan, politik dan alam sekitar akan menjadi .
Kualiti hidup di Malaysia ditakrifkan sebagai merangkumi kemajuan diri, gaya hidup
yang sihat, akses dan kebebasan memperolehi pengetahuan, taraf kehidupan yang
melebihi keperluan asas individu dan memenuhi keperluan psikologi untuk
mencapai tahap kesejahteraan sosial yang setanding dengan aspirasi Negara.
Gaya hidup sihat ditakrifkan sebagai satu
proses atau amalan kesihatan ke arah perubahan hidup yang memuaskan yang meliputi pelbagai aspek termasuklah penjagaan pemakanan yang
seimbang, bersenam, mengawal tekanan
atau stres dan yang paling penting adalah menghindar diri daripada
aktiviti-aktiviti yang negatif dan berisiko. Menurut kajian Lyons R. dan
Langille L. (2001), konsep gaya hidup sihat dikategorikan sebagai satu
kehidupan yang seimbang di mana seseorang membuat satu pilihan dengan bijak.
Masyarakat yang mempunyai gaya hidup yang
sihat dikatakan mempunyai kualiti hidup yang tinggi. Namun, masyarakat yang
mempunyai kualiti hidup yang tinggi tidak semestinya mempunyai gaya hidup yang
sihat. Sebagai contoh, seorang penghidap kanser paru-paru yang mempunyai segala
kemewahan dikatakan tidak mempunyai gaya hidup yang sihat kerana amalan
menghisap rokok terlalu kerap telah menjejaskan kesihatannya.
HURAIAN
GAYA HIDUP SIHAT DALAM KONSEP “THE 3 FIVES”
Konsep dan matlamat gaya hidup sihat adalah
universal. Matlamat utama gaya hidup yang sihat yang diperkenalkan oleh WHO
adalah untuk membentuk individu yang sihat dari aspek jasmani, mental dan
rohani serta bebas daripada sebarang penyakit. Corak gaya hidup sihat yang
diamalkan Akan melahirkansebuah masyarakat yang cergas dan aktif tidak kira
peringkat umur dan taraf hidup sama ada tua atau muda, kaya atau miskin.
Gaya pemakanan yang bersih dan sihat adalah
saranan yang dibawa oleh brosser “The 3 Fives”. Makan makanan yang bersih dan sihat
adalah perkara yang dapat membantu kesihatan kita.
1. Pemakanan yang sihat
Pemakanan sihat meliputi keperluan pemakanan
harian anda dan pada masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat
yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan.
Ia merangkumi cara membuat keputusan yang bijak tentang jenis makanan yang
harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat. Anda boleh
mencapai ini dengan mengingati tiga perkara iaitu keseimbangan, kepelbagaian
dan kesederhanaan (Kementerian Kesihatan Malaysia, 1995). Kepelbagaian
bermaksud mengambil diet dengan menggabungkan ke semua kumpulan makanan dalam
piramid makanan.
Karbohidrat (piramid Aras paling bawah)
Karbohidrat menyediakan
sumber tenaga yang utama yang diserap segera ke dalam sistem tubuh manusia.
Karbohidrat menyumbangkan kira-kira 50% daripada pengambilan tenaga yang
diperlukan oleh tubuh manusia. Karbohidrat terdiri daripada gula (gula, glukos,
sirap, madu, laktos), kanji (tepung gandum, kanji, kentang, ubi kayu dan kanji
tulin koko) dan beberapa selulosa, gam dan pektin. Karbohidrat banyak terdapat
dalam bijiran seperti beras, gandum, dan sepertinya.
Serat (Piramid Aras 2)
Serat atau
serabut dalam diet permakanan membantu penghadaman dan mengelak sembelit.
Sayuran dan buah segar (termasuk buah kering) dan bijiran merupakan sumber
serat penting. Untuk meningkatkan kebaikan serat, amat penting untuk minum
banyak air.
Vitamin (piramid Aras 2 )
Vitamin adalah
bahan kimia yang terkandung dalam kebanyakan makanan. Ia membantu tubuh
mengurai dan menggunakan unsur asas makanan, protein, karbohidrat dan lemak.
Sesetengah vitamin turut terbabit dalam penghasilan sel darah, hormon, bahan
genetik dan kimia dalam system saraf. Tidak seperti karbohidrat, protein dan
lemak, vitamin dan mineral tidak membekalkan kalori tetapi membantu badan
mendapatkan tenaga dari tubuh. Maka pengambilan protein amat penting untuk
kesihatan tubuh badan.
Protein (Piramid Aras
3)
Protein mengandungi beberapa zat seperti asid
amino. Protein kelas pertama kebanyakannya boleh diperolehi daripada haiwan.
Sementara protein sayuran pula mengandungi protein kelas kedua dan sedikit
protein kelas pertama.
Lemak (piramid Aras 4)
Lemak menyediakan
lebih dua kali ganda nilai kalori yang diperolehi daripada karbohidrat dan
menjadi sumber utama lemak tubuh. Sebenarnya lemak penting kepada manusia
kerana merupakan tenaga yang tersimpan di dalam tubuh yang diperlukan untuk
menjalankan sebarang aktiviti.Selain itu,lemak berperanan sebagai penebat
dengan menghalang haba keluar daripada badan dan membantu memanaskan badan
apabila seseorang terdedah kepada suhu persekitaran yang terlalu sejuk. Secara
purata, lemak membekalkan 355 daripada pengambilan tenaga. Lemak juga
mengandungi vitamin larut lemak dan asid lemak yang penting kepada penyatuan
selaput sel.
Pengambilam
lemak yang berlebihan boleh memudaratkan kesihatan badan.Hal ini kerana lemak
yang tidak digunakan akan disimpan dalam badan dan menyebabkan berat badan
bertambah dan menjadikan seseorang itu gemuk.Lemak yang berlebihan juga boleh
menyebabkan saluran arteri tersumbat dan menyebabkan penyakit jantung koronari.
Galian (Piramid Aras 3)
Zat galian yang mengandungi
kompaun bukan organik yang penting kepada pemakanan manusia. Ia berperanan
dalam pembentukan struktur tulang dan unsur yang diperlukan dalam tisu organik
dan cairan badan seperti hemoglobin darah. Zat mineral banyak terdapat dalam
susu dan telur. Ia juga banyak terdapat dalam buah dan sayuran.
Dalam kempen “The 3
Fives” WHO telah member penekanan
terhadap pengambilan makanan yang bersih dan sihat. Semua kita maklum, makanan yang sihat juga
memberi tenaga yang lebih kepada kita untuk melakukan aktiviti harian dan
bergiat aktif terutama dalam bidang sukan. Tabiat ini harus dijadikan amalan
setiap hari agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Selain makanan,
kita juga turut digalakkan meminum air secukupnya bagi mengelak dehidrasi iaitu
kekurangan air dalam badan akibat daripada melakukan aktiviti fizikal yang
berlebihan.
Makanan seharian sepatutnya dipilih lebih
banyak daripada paras piramid makanan yang paling bawah, manakala paling
sedikit daripada puncak piramid makanan. Amalan ini membantu menjamin
keseimbangan dalam pemakanan kita. Untuk mengelak daripada makan terlampau
banyak, kesederhanaan haruslah diutamakan. piramid makanan memberi panduan akan
jumlah hidangan yang harus dimakan dari setiap kumpulan makanan setiap hari
untuk individu yang normal dan sihat. Secara keseluruhannya, tabiat mengambil
makanan yang sihat harus dipupuk di kalangan remaja masa kini. Ini kerana
makanan yang sihat memberi banyak manfaat terhadap kesihatan mereka
Tubuh anda akan kehilangan lebih kurang 1%
hingga 2 % liter air dalam satu hari
melalui air kencing, tinja, peluh dan wap dari paru-paru (Persatuan Pemakanan
Malaysia, 2000). Keperluan nutrien dan kalori untuk kanak-kanak berbeza
mengikut usia mereka. Sebagai contoh, kanak-kanak yang berusia 1 hingga 6
tahun, didedahkan dengan makanan keluarga secara beransur-ansur. Menurut
Kementerian Kesihatan tiada suatu jenis makanan yang dapat membekalkan semua
zat yang diperlukan oleh tubuh. Oleh itu pelbagaikan pengambilan makanan anak
anda berasaskan Piramid Makanan (Norhashimah Hasim, 2004).
Nasi, mee, roti dan ubi-ubian merupakan
sumber utama tenaga untuk anak anda. Buah-buahan dan sayur-sayuran pula adalah
sumber yang kaya dengan serat, vitamin dan mineral yang membantu menjauhi
penyakit. Manakala ikan, daging dan gantiannya seperti telur, kekacang, tauhu
dan tempe merupakankumpulan makanan yang membekalkan protein, vitamin dan
mineral di samping sedikit lemak. la berfungsi membina tubuh dan membantu
menyembuhkan luka.
Susu dan hasilannya seperti keju dan dadih,
kaya dengan protein dan kalsium yang tinggi. Zat-zat ini adalah penting untuk
membentuk tulang dan gigi yang kuat. Di samping kalsium, susu adalah sejenis
makanan yang amat kaya dengan nutrien. Ia adalah sumber vitamin dan mineral
yang baik seperti vitamin A, kumpulan vitamin B (riboflavin, niasin, vitamin B6
dan vitamin B12), magnesium, fosforus dan zink. Selain itu, susu turut
membekalkan protein yang diperlukan untuk pembinaan tisu serta karbohidrat dan
lemak yang berfungsi sebagai pembekal tenaga (Winnie Chee, 2007). Di samping hidangan utama, makanan ringan
yang berkhasiat juga boleh diberikan. Walau bagaimanapun, pemilihan makanan
ringan haruslah daripada bahan yang mengandungi kandungan garam dan gula yang
rendah. Contoh makanan ringan untuk kanak-kanak berumur 1-4 tahun adalah
seperti biskut kraker yang dicelup dengan air, susu kacang soya, susu, dadih
dan air buah. Bagi kanak-kanak berusia 4-12 tahun contoh makanan ringan adalah
seperti sandwic, buah-buahan, bebola ikan, keropok lekor dan jagung rebus.
Corak
pemakanan yang tidak sihat serta pengambilan makanan yangmengandungi banyak
lemak dan kolestrol. Selain itu, faktor genetik dan gaya hidup juga memainkan
peranan penting dalam menentukan berat badan kanak-kanak. Dalam topik ini kita
hanya akan membincangkan kaitan obesiti dengan pemakanan sahaja.Menurut pakar
perubatan, pengambilan makanan yang mengandungi banyak kalori adalah antara
penyebab utama masalah kegemukan. Ini kerana tenaga atau kalori yang berlebihan
disimpan di dalam tubuh dalam bentuklemak. Tenaga merupakan satu mekanisme yang
boleh membantu untuk membakar lemak.
Jika
seorang kanak-kanak tidak menggunakan banyak tenaga maka mereka akan lebih cenderung untuk menjadi gemuk kerana lemak tadi
tidak dibakar dan hanya disimpan di dalam perut. Sebaliknya, jika seorang
kanak-kanak menggunakan banyak tenaga mereka akan kelihatan kurus kerana kurang
berlemak. Menurut kajian Raihanah Abdullah (2003), hanya 24 peratus kanak-kanak
terbabit dalam kegiatan fizikal seperti berbasikal, bermain badminton dan berlari. Untuk menangani
masalah ini, ibu bapa seharusnya menjaga pemakanan anak-anak mereka sejak lahir
lagi. Pemakanan yang seimbang akan menjamin kehidupan yang sihat.
Ibu bapa harus berusaha memperkenalkan
makanan ringan yang sihat kepada anak-anak disamping menyediakan makanan yang
pelbagai seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Ini penting bagi menggantikan
makanan ringan yang kurang berkhasiat serta mempunyai kadar lemak, kolestrol
dan gula yang tinggi. Kebanyakan pakar diet mencadangkan agar kanak-kanak
meminum air yang banyak dan menghadkan pengambilan minuman bergula. Oleh itu,
melalui pemakanan yang sihat, seimbang, kurang lemak dan kolestrol,serta
ditambah dengan melakukan aktiviti sihat seperti bersenam, kanak-kanak akan
mencapai berat badan yang lebih unggul.
2. AKTIVITI
FIZIKAL
Kecergasan bukan sahaja.
mementingkan aspek fizikal tetapi meliputi keseimbangan dari segi mental,
emosi, rohani dan sosial. Kecergasan fizikal adalah kemampuan seseorang
melakukan sesuatu aktiviti tanpa merasa cepat penat. Kecergasan fizikal yang
berasaskan kesihatan melibatkan aspek-aspek yang berkaitan dengan fungsi
fisiologi dan psikologi. Aspek ini dikenal pasti mampu mencegah seseorang
daripada penyakit seperti kardiovaskular, obesiti dan penyakit-penyakit yang
berkaitan otot dan tulang.
- Senaman meningkatkan
kecergasan
Senaman yang dibuat secara
sistematik akan memastikan perubahan fisiologi yang berlaku pada tubuh anda
dapat diterima dalam kadar normal. Sekiranya aktiviti senaman dibuat secara
mendadak, perubahan fisiologi ini memaksa badan melakukan kadar bebanan kerja
yang di luar kemampuannya.Ini akan mengakibatkan tubuh badan anda mengalami
komplikasi seperti kecederaan atau keletihan yang melampau. Senaman yang dilakukan secara tetap dan
berterusan akan mempertingkatkan sistem fisiologi tubuh badan anda. Pada
peringkat permulaan, kadar denyutan jantung anda akan meningkat kepadakadar
kerja yang ditetapkan. Perubahan ini akan mempertingkatkan kekuatan otot
jantung untuk mengepam darah dalam volum yang banyak melalui kadar denyutan
yang paling minima.
Cara yang terbaik melakukan senaman
adalah memadankannya dengan kadar perubahan metabolisme badan anda. Mulakan
dengan melakukan pergerakan ringan dahulu supaya sistem kardiovaskular dan
sistem respiratori badan anda dapat dipertingkatkan ke tahap yang diperlukan.
Begitu juga dengan system organ-organ yang lain agar secara perlahan-lahan
kadar metabolisme badan anda akan dapat menyaingi kadar beban kerja yang perlu
dilakukan.
Perubahan juga berlaku pada tahap
ketahanan denyutan jantung di mana ia mampu melakukan kerja mengepam darah
dalam satu jangka masa yang lama tanpa kepenatan. Ini akan meningkatkan daya
tahan aerobik anda. Selain daripada ini, kadar sistem keupayaan respiratori
anda juga akan meningkat ke kadar yang lebih tinggi. Ini akan membuat anda
berupaya bernafas dengan lebih baik dan kuat. Perubahan ini akan membuat kadar
pengambilan oksigen meningkat di mana secara langsung akan meningkatkan bekalan
oksigen kepada sel-sel di dalam tubuh badan anda. Ini akan membuatkan sel-sel
tersebut dapat bekerja dengan lebih efisien.
Di samping itu, kadar tahap kekuatan
otot, kuasa, kecergasan, ketangkasan dan koordinasi anda juga akan bertambah
dengan berlakunya perubahan fisiologi pada tubuh badan anda. Keadaan ini akan
menjadikan anda seorang individu yang cergas dari segi fizikal berbanding
individu yang sedentri. Kecergasan fizikal merupakan aspek
penting dalam membantu seseorang menjalani kehidupan sihat dan bertenaga di
samping sihat daripada aspek-aspek kesihatan yang lain, seperti mental, emosi,
sosial dan kerohanian. Kecergasan fizikal terdiri daripada dua komponen
kecergasan iaitu kecergasan berlandaskan kesihatan dan kecergasan berlandaskan
perlakuan motor.
Kecergasan berlandaskan kesihatan merangkumi 5 komponen
iaitu daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot, kelembutan dan
komposisi badan. Kecergasan berlandaskan perlakuan motor merangkumi 6 komponen
bagi tujuan khusus dalam kehidupan iaitu koordinasi, imbangan, ketangkasan,
kuasa, masa tindakbalas dan kepantasan. Gerak kerja fizikal yang khusus
dikaitkan dengan aspek perlakuan motor. Kemampuan serta peningkatan tahap
kemahiran motor tersebut akan dapat menghasilkan satu gerak laku yang efisyen
serta meringankan bebanan yang timbul ketika melakukan aktiviti yang lebih
daripada lakuan kebiasaan harian terutama apabila melibatkan aktiviti-aktiviti
sukan prestasi tinggi.
Secara keseluruhan, kecergasan fizikal merupakan aspek
yang penting dalam kesihatan kerana tanpa hidup yang cergas kita tidak akan
mampu melakukan tugasan
harian dengan cepat dan kurangnya tenaga dalam badan untuk bertindak balas terhadap
perkara yang tidak diduga. Selain itu, kita juga akan memberi ruang kepada pelbagai jenis penyakit
seperti diabetes, penyakit jantung
koronari, angin ahmar dan tekanan darah tinggi untuk memberi ancaman kepada kita. Justeru itu,
bersenamlah untuk mengekalkan tahap kecergasan anda kerana amalan hidup cergas dan aktif adalah
penting untuk kesihatan tubuh badan
dan otak
Senaman hendaklah dilakukan dengan
konsisten(regularly). Jumlah hari melakukan senaman bolehdijadikan ukuran
kekerapan. Kebanyakan komponen kecergasan memerlukan sesuatu aktiviti
dijalankan sekurang-kurangnya 3-5 kali seminggu pada intensity yang cukup. Senaman
hendaklah cukup lasak, di mana kelasakan melebihi kadar biasa untuk mencapai
kecergasan
sebenar. Contohnya, kelenturan atau
kelembutan memerlukan otot diregangkan melebihi had biasa. Kecergasan jantung
juga memerlukan senaman yang dapat meningkatkan kadar nadi melebihi kadar normal.
Kadar Nadi Maksimum yang perlu dicapai adalah 60%- 80%. T Masa senaman (Time) Senaman perlu dilakukan
sekurang-kurangnya 20 minit setiap sesi (tidak termasuk 3-5 minit waktu memanas
dan menyejukkan badan sebelum dan seselepas bersenam). Pada amnya, masa
bersenam bergantung kepada intensiti. Jika senaman mempunyai intensiti rendah,
ia memerlukan masa yang lebih panjang. Manakala senaman intensiti tinggi memerlukan
masa yang lebih pendek. Jenis senaman Sesuatu jenis senaman harus dilakukan
mengikut komponen kecergasan yang berbeza. Pilihlah aktiviti mengikut keupayaan
dan minat anda serta
pelbagaikan senaman yang anda
lakukan. Lakukan senaman bercorak aerobik, berbasikal, berenang, berjalan
pantas, berjoging atau aktiviti yang menggunakan banyak pergerakan.
Kesimpulan
Gaya hidup sihat adalah satu corak gaya hidup yang
dikaitkan dengan individu yang mengamalkan tatacara kehidupan yang aktif dan
cergas. Gaya hidup sihat boleh dicapai oleh seseorang individu dengan
mengamalkan perlakuan aktiviti fizikal sekerap yang mungkindan juga mengamalkan
pemakanan yang berkhasiat. Setiap individu daripada pelbagai kategori umur
dinasihatkan untuk melakukan aktiviti fizikal sekurangkurangnya 3 kali seminggu
selama 30 minit setiap sesi dan mengamalkan pemakanan yang rendah lemak, gula
dan garam. Menurut penyelidik-penyelidik di bidang sains sukan, corak gaya
hidup sihat dapat mengurangkan obesiti yang menjadi punca kepada penyakit
kronik seperti penyakit jantung, darah tinggi,dan kencing manis. Kini,
masyarakat kita mula mengamalkan gaya hidup sihat. Konsep ”The
3 Fives” Mengutamakan gaya hidup
yang sihat untuk membentuk individu yang sihat dari aspek jasmani, mental dan
rohani serta bebas daripada sebarang penyakit. Untuk jangka masa panjang, corak
gaya hidup sihat yang diamalkan akan melahirkan sebuah masyarakat yang cergas
dan aktif tidak kira peringkat umur dan taraf hidup sama ada tua atau muda,
kaya atau miskin. Gaya hidup sihat berkait rapat dengan kecergasan. Kecergasan bukan sahaja. mementingkan aspek
fizikal tetapi meliputi keseimbangan dari segi mental, emosi, rohani dan
sosial. Kecergasan fizikal adalah kemampuan seseorang melakukan sesuatu
aktiviti tanpa merasa cepat penat. Kecergasan fizikal yang berasaskan kesihatan
melibatkan aspek-aspek yang berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi. Aspek
ini dikenal pasti mampu mencegah seseorang daripada penyakit seperti
kardiovaskular, obesiti dan penyakit-penyakit yang berkaitan otot dan tulang.
Kesimpulan
Gaya hidup sihat ditakrifkan sebagai
satu proses atau amalan kesihatan ke arah perubahan hidup yang memuaskan yang
meliputi pelbagai aspek termasuklah penjagaan pemakanan yang seimbang,
bersenam, mengawal tekanan atau stres dan yang paling penting adalah menghindar
diri daripada aktiviti-aktiviti yang negatif dan berisiko.
Matlamat utama gaya hidup yang sihat
seperti yang terkandung dalam konsep
”The 3 Fives” ini adalah untuk
membentuk individu yang sihat dari aspek jasmani, mental dan rohani serta bebas
daripada sebarang penyakit. Untuk jangka masa panjang, corak gaya hidup sihat
yang diamalkan akan melahirkan sebuah masyarakat yang cergas dan aktif tidak
kira peringkat umur dan taraf hidup sama ada tua atau muda, kaya atau miskin.
Gaya hidup sihat berkait rapat dengan kecergasan.
STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK
STRATEGI
KONSEP STRATEGI
- Menurut kamus dewan (1998), strategi bermaksud rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan.
- Strategi juga bermakna kebijaksanaan dalam menguruskan sesuatu perkara
- Dalam bidang pendidikan, strategi merujuk kepada kebijaksanaan memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam satu-satu pengajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan.
- Di dalam sesuatu waktu pelajaran, strategi P&P merangkumi perkara-perkara berikut:
- Penentuan pendekatan berdasarkan objektif pelajaran.
- Pemilihan kaedah dan teknik mengajar berdasarkan pendekatan.
- Penyusunan kaedah dan teknik mengajar secara sistematik dengan mengikut prinsip dan teori pembelajaran.
- Pengagihan masa dan langkah mengajar untuk setiap faedah dan teknik mengajar yang telah disusun.
- Pengagihan bahan murid mengikut keperluannya dalam setiap kaedah dan teknik mengajar.
- Pengurusan kelas mengikut pendekatan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai.
- Strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah menekankan penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pengayaan, dan pemulihan. Ini selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Negara.
- Namun demikian, guru-guru adalah digalakkan untuk menggunakan pelbagai kaedah mengajar yang sesuai dengan kebolehan murid.
- Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung kepada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu mengajar yang dapat merangsang dan menggalakkan murid-murid berkomunikasi, berinteraksi, dan berfikir.
PENGGABUNGJALINAN
- Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak.
- Cara ini juga dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran. Kemahiran-kemahiran boleh digabungjalinkan, sama ada kemahiran yang terdapat dalam kemahiran berbahasa atau kemahiran daripada mata pelajaran lain.
PENYERAPAN
- Dalam pengajaran bahasa Melayu, unsur-unsur ilmu dan nilai-nilai murni juga boleh diserapkan. Penyerapan ini mengandungi pelbagai bidang ilmu seperti sains, matematik, sejarah, dan lain-lain.
PENGAYAAN
- Program pengayaan perlu diberi penekanan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah kerana keadaan murid yang berbeza dari segi kebolehan, keupayaan, bakat, dan minat.
- Murid ini hendaklah diberikan bahan yang berbeza-beza untuk digunakan secara bersendirian atau dengan bimbingan guru.
- Bahan-bahan seperti bahan bacaan tambahan, kad-kad kerja, permainan, dan bahan-bahan aktiviti boleh diberikan kepada murid yang telah menguasai kemahiran-kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada jangka masa yang ditentukan.
PEMULIHAN
- Program pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran asas yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa yang ditetapkan.
- Bahan-bahan untuk program ini terdiri daripada kad-kad, carta, bahan maujud, alat permainan, dan lain-lain yang boleh digunakan berperingkat-peringkat daripada yang mudah kepada yang lebih sukar. Pelaksanaan program ini adalah mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran.
PENILAIAN
- Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian merupakan suatu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran atau pembelajaran.
- Oleh itu, penilaian perlulah dijalankan berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hanya melalui proses penilaian berterusan dapat dipastikan jenis tindakan susulan yang perlu diambil ke atas seseorang murid, sama ada untuk menjalankan pemulihan atau pengayaan.
- Dan setelah itu barulah dapat dipastikan jenis aktiviti pemulihan atau aktiviti pengayaan yang sesuai bagi murid. Dengan cara yang sedemikian, selain mengetahui tahap pencapaian, kelemahan murid dapat dipulihkan sebelum kelemahan-kelemahan pembelajaran terkumpul di tahap yang lebih tinggi.
Rumusan
- Pemilihan strategi haruslah berdasarkan pertimbangan terhadap teori pembelajaran, pendekatan, kaedah dan teknik mengajar. Pemilihan dan pengurusan strategi yang sesuai akan menghasilkan pencapaian objektif yang berkesan.
PENDEKATAN
- Pendekatan
Kamus Dewan (1998) – pendekatan sebagai cara atau langkah-langkah bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas. - Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk menuju sesuatu sasaran.
- Dalam pengertian yang lebih luas pendekatan juga diertikan sebagi "to come near to in any sense" atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu.
- Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau generalisasi yang tertentu.
PENDEKATAN PENGAJARAN BAHASA
- INDUKTIF
- DEDUKTIF
- EKLEKTIK
- KOMUNIKATIF
- INDUKTIF
- Pendekatan induktif bermula daripada spesifik kepada umum.
- Menurut J.M Kierzek dan W.Gibson (1960), pendekatan induktif dimulakan dengan sesuatu sebab atau contoh dan menuju ke arah sesuatu generalisasi.
- Melalui pendekatan ini, guru akan memulakan pengajaran dengan memberi sebanyak mungkin contoh khusus sehingga murid dapat membuat kesimpulan berkenaan apa yang cuba disampaikan oleh guru.
- Pendekatan ini sesuai digunakan dalam semua pelajaran bagi menggalakkan murid berfikir perkaitan antara sesuatu.
- Antara prinsip-prinsip penggunaan pendekatan induktif adalah menggunakan contoh-contoh yang relevan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
- Ini adalah sebagai rujukan kepada murid untuk lebih memahami apa yang cuba disampaikan oleh guru.
- Selain itu, soalan-soalan akan disediakan untuk membimbing murid membuat kesimpulan.
DEDUKTIF
- Merujuk kepada cara pengajaran yang bermula dengan guru memberikan rumus-rumus atau teori yang sudah diketahui umum.
- Selepas itu, proses P&P diteruskan di mana para murid akan menganalisis rumus-rumus yang didedahkan terlebih dahulu melalui contoh-contoh yang dibentangkan.
- Pendekatan deduktif merupakan jenis pengajaran yang bermula daripada umum kepada spesifik.
- Pendekatan ini merujuk kepada satu pembelajaran dimana murid bermula dengan hukum yang umum dan digunakan dalam kes-kes tertentu.
- Strategi Pengajaran Deduktif merupakan kaedah mengajar yang kompleks kerana murid perlu memperolehi kefahaman yang mendalam /mencukupi serta berupaya memilih rumus, hukum, teorem, peraturan yang telah dipelajari dengan tepat untuk diaplikasi pada contoh-contoh khusus.
- Dalam penggunaan pendekatan ini, guru memberitahu objektif pembelajaran kepada murid-murid pada awal pengajaran.
- Selepas itu, barulah mereka dibimbing supaya mengingati fakta dan ciri-ciri tertentu yang berkaitan bagi membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau mendapat kesimpulan baru.
EKLEKTIK
- Pendekatan eklektik menggunakan dua atau lebih kaedah yang menggabungkan segala ciri yang baik daripada pendekatan tersebut dan menggunakannya dalam satu-satu pengajaran dan pembelajaran.
- Pendekatan eklektik dihasilkan dengan menggunakan gabungan pendekatan indukif dan deduktif.
- Pendekatan ini sesuai untuk kelas yang mempunyai murid pelbagai kebolehan.
- Guru tidak terikat dengan mana-mana pendekatan secara rigid tetapi pengajarannya lebih luas dan mudah diubahsuai mengikut kesediaan pelajar waktu itu.
- Sebagai contoh, guru boleh memulakan P&P dengan memberikan contoh dan diikuti dengan kesimpulan.
- Selain itu, proses P&P boleh diakhiri dengan memberikan contoh diikuti dengan generalisasi.
- Proses ini lebih menyerupai kepada pendekatan induktif.
- Jika guru memulakan pelajaran dengan memberikan peraturan atau generalisasi diikuti dengan contoh dan kemudian diakhiri dengan penerangan tentang peraturan, maka ianya lebih kepada pendekatan deduktif.
- Kesimpulannya, pendekatan eklektik ini sebenarnya dapat mengatasi kelemahan dan kekurangan yang terdapat pada kedua-dua pendekatan induktif dan deduktif.
- Mengikut pendekatan ini, guru menjadi lebih fleksibel dan mampu mengandalikan kelas mengikut kehendak dan keperluan murid.
KOMUNIKATIF
- Pendekatan komunikatif merupakan pendekatan yang berpusatkan murid iaitu berfokuskan kepada bentuk-bentuk komunikasi iaitu seperti meminta maaf, bercerita ataupun melapor.
- Situasi ini berlaku dalam amalan masyarakat sehari-hari.
- Melalui pendekatan ini, penekanan tentang penyerapan bentuk gramatikal adalah bagi tujuan komunikasi.
- Pendekatan ini wujud kerana didapati pendekatan lain lebih mementingkan penguasaan bahasa pada peringkat membina ayat-ayat yang betul secara pencilan yang terkeluar daripada konteks wacana.
- Hasilnya, murid tidak menguasai kecekapan berkomunikasi.
- Penguasaan komunikasi adalah perlu agar murid dapat membuat pemilihan struktur ayat yang betul mengikut konteks bahasa.
- Dalam pendekatan komunikatif ini, beberapa prinsip perlu dipatuhi oleh guru agar murid dapat menggunakan bahasa yang betul dalam berkomunikasi antaranya ialah murid perlu mengetahui aktiviti yang dilakukan dan guru haruslah merancang terlebih dahulu aktiviti agar murid menggunakan bahasa dalam berkomunikasi.
- Selain itu, pengajaran bahasa dibuat dalam konteks wacana dan guru perlu mengajar bahasa yang melampaui batas ayat agar pelajar dapat berkomunikai secara berkesan.
- Pengajaran bahasa lebih mengikut proses komunikasi sebenar iaitu seperti perbualan dalam kehidupan sehari-hari.
- Rumusan yang boleh dibuat ialah pendekatan merupakan sesuatu yang agak umum dan ia seolah-olahnya menunjukkan sesuatu haluan tetapi tidak menerangkan bagaimana caranya untuk menuju haluan itu.
- Cara-cara yang digunakan untuk menuju arah yang ditetapkan oleh sesuatu pendekatan pengajaran adalah kaedah-kaedah pengajaran.
Pendekatan Pembelajaran Bahasa
- Berpusatkan Murid
- Berdasarkan Bahan
- Pemebelajaran Berasaskan Projek
- Pembelajaran Berasaskan Masalah
- Pembelajaran Berasaskan Aktiviti
- Pembelajaran Berasaskan Situasional/Senario
- Pembelajaran Berasaskan Permainan
Pendekatan berpusatkan murid
- Pendekatan pembelajaran berpusatkan murid berlaku apabila murid memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran.
- Murid-murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka. Murid-murid diberi peluang untuk maju mengikut kadar keupayaan mereka sendiri. Sehubungan dengannya aktiviti pemulihan dan pengayaan merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran.
- Guru merupakan seorang pemimpin yang memandu murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran sama ada secara kumpulan atau individu.
- Banyak masa diperuntukkan untuk murid melaksanakan sesuatu aktiviti.
Pendekatan berpusatkan bahan
- Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, bahan pelajaran sangat penting. Guru atau murid bergantung sepenuhnya kepada penggunaan bahan pelajaran untuk mencapai objektif pelajaran.
- Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan kecekapan dan kemahiran menggunakan bahan pelajaran untuk mencapai objektif pelajaran.
- Pendekatan ini menekankan perkembangan kognitif, jasmani dan rohani. Penggunaan bahan mengajar akan membantu murid memahami konsep yang abstrak dengan lebih jelas.
Pendekatan berasaskan projek
- Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, pendekatan berasaskan projek boleh membantu guru untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan menarik.
- Dalam pendekatan berasaskan projek, pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik apabila guru dan murid dapat mengalami sendiri sesuatu situasi pembelajaran melalui projek yang dilaksanakan.
Pendekatan berasaskan masalah
- Pengajaran dan pembelajaran berasaskan masalah memerlukan seseorang guru secara kreatif menimbulkan situasi, keadaan dan fenomena yang boleh mendorong minat dan kecenderungan murid menggunakan fikiran dan kemahiran berbahasa untuk menyelesaikan masalah.
- Guru menentukan tujuan, mengagihkan murid dalam kumpulan dan menentukan tugasan untuk menyelesaikan masalah.
Pembelajaran berasaskan aktiviti
- Melalui pendekatan ini murid-murid bergerak aktif secara fizikal dan mental bagi tujuan melaksanakan tugasan mereka dalam aktiviti tertentu. Dengan demikian minat dan kecenderungan murid sentiasa terarah untuk terlibat secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru.
- Pembelajaran berasaskan aktiviti boleh meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran guru bahasa Melayu di sekolah-sekolah.
Pembelajaran berasaskan situasional
- Pendekatan ini mementingkan penggunaan objek secara konkrit, gambar-gambar dan bahan-bahan maujud serta gerakan tingkah laku yang boleh membantu menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa.
- Guru hanya bertindak sebagai model dan menyediakan latar situasi yang dapat menciptakan struktur bahasa sasaran dan kemudian mengemukakan contoh-contoh untuk diikuti secara berulang untuk mengukuhkan pembelajaran.
Pembelajaran berasaskan permainan
- Dalam pendekatan ini pengajaran dan pembelajaran seolah-olah hidup dengan permainan-permainan yang disediakan. Murid-murid akan mengalami sendiri aktiviti permainan yang dilaksanakan.
- Murid-murid akan mudah memahami apa yang guru ajarkan melalui permainan yang disediakan dengan menarik dan berkesan. Murid-murid dapat berkomunikasi dengan berkesan dan melahirkan perasaan dengan menggunakan bahasa dan aksi
KAEDAH
- Definisi Kaedah
Kaedah merupakan satu siri tindakan guru yang sistematik yang bertujuan untuk mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan.
- Kaedah adalah lebih bercorak jangka pendek dan merupakan usaha keseluruhan yang terdiri daripada prosedur tersusun serta berdasarkan sesuatu pendekatan yang dipilih.Kaedah juga digunakan bagi mendokong pendekatan dipilih.
- Kaedah merupakan langkah-langkah atau peringkat-peringkat pengajaran yang tersusun rapi dan kesinambungan yang harus dituruti dengan saksama bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran (Mangantar Simanjuntak, 1982:72).
Kaedah
|
Penerangan
|
Kaedah Natural
|
Kaedah ini berasaskan penggunaan bahasa dalam situasi komunikatif seperti yang berlaku dalam pedekatan-pendekatan tradisional. Kaedah ini kurang menekankan rujukan kepada analisis gramatikal, latih tubi gramatikal atau kepada teori tatabahasa tertentu.
|
Kaedah Nahu Tradisional
|
Kaedah nahu tradisional ini diajar untuk membolehkan pelajar memahami nahu sesuatu bahasa dan juga melatih pelajar menulis menggunakan bahasa yang betul. Kaedah ini juga, membolehkan pelajar menterjemahkan bahasa asing ke bahasa natif dan sebaliknya. Ia juga bagi melengkapkan pelajar dengan perbendaharan kata yang luas yang dapat digunakan dalam penulisan.
|
Kaedah Terus
|
Kaedah ini mula diperkenalkan oleh Michell West dan Harald Palmer antara tahun1920-1935. Kaedah ini dikatakan sama dengan kaedah askar kerana pernah digunakan untuk melatih pegawai tentera dan diplomat dalam Perang Dunia Kedua. Kaedah terus mengutamakan prinsip-prinsip mengajar yang berdasarkan psikologi kanak-kanak.
|
Kaedah Ajuk Hafaz
|
Kaedah ini adalah kaedah pengajaran dilakukan secara demonstrasi dan latih tubi. Pengajaran demonstrasi harus berkaitan dengan tatabahasa, pertuturan, perbendaharaan kata melalui guru bahasa atau penutur jati. Tatabahasa diajar secara menghafaz beberapa ayat asas melalui ajukan dan maknanya diberi dalam ungkapan biasa dalam bahasa ibunda.
|
Kaedah
|
Penerangan
|
Kaedah
Linguistik
|
Kaedah ini adalah merupakan kaedah mengajar bahasa moden secara saintifik iaitu dengan membandingkan antara dua bahasa. Pengetahuan bahasa murid-murid harus tertumpu kepada bentuk dan fungsi bahasa itu disamping aspek-aspek lain seperti bunyi, susuk ayat, makna, dan lain-lain. Kaedah ini lebih mendahului bentuk daripada makna.
|
Kaedah
Kod
Kognitif
|
Kaedah ini lebih menekankan bentuk dan makna. Seseorang yang ingin mempelajari sesuatu bahasa harus mengetahui sistem bahasa berdasarkan kepada hukum-hukum dan norma-norma tertentu dalam ilmu tatabahasa.
|
Kaedah
Bahasa
Komuniti
|
Pembelajaran bahasa komuniti atau Community Language Learning merupakan cara pembelajaran bahasa yang diasaskan oleh Charles A.Curran bersama dengan rakan-rakannya. La Forge (1983) murid Curran meluaskan teori CLL. Beliau mengesahkan bahawa teori bahasa mestilah bermula daripada ciri-ciri bunyi, ayat dan model-model abstrak bahasa. Seorang pelajar bahasa perlu memahami sistem bunyi, makna yang ditetapkan dan tatabahasa bahasa itu.
|
Kaedah
Oral-
Aural
|
Kaedah ini diajar adalah bagi tujuan membolehkan pelajar memperkembang keempat-empat kemahiran bahasa iaitu Kemahiran mendengar, Kemahiran bertutur, Kemahiran menulis dan Kemahiran membaca. Kaedah ini merupakan kemahiran lisan asas untuk pembelajaran membaca dan menulis. Ia membolehkan pelajar memahami kebudayaan asing melalui pengalaman dalam bahasa.
|
TEKNIK
- Definisi
Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya.
- Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasl segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.
- Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.
- Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.
Teknik-teknik Pengajaran Bahasa
- Teknik main peranan
- Teknik permainan bahasa
- Teknik latih tubi
- Teknik bercerita
- Teknik simulasi
- Teknik drama
Tujuan Teknik
- Menarik minat murid
- Mengekalkan perhatian
- Membangkitkan rasa ingin tahu
Teknik Latih - Tubi
- Teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari.
- Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disampimg menjamin kekekalannya.
- Ia sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu.
- Boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting.
- Melalui teknik ini murid akan mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang penggunaan perkataan-perkataan itu.
- Berasaskan pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual) yang biasanya digunakan dalam pengajaran bahasa kedua.
Teknik Simulasi
- Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula.
- Melalui teknik ini murid-murid dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting.
- Dalam proses ini murid digalakkan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan.
- Memberi peluang kepada murid mengalami sendiri situasi dan masalah.
- Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan menulis.
- Dapat mewujudkan pelbagai aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi kepada murid untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran.
Teknik Main Peranan
- Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa yang dianggap penting.
- Murid diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan dalam satu situasi yang disediakan.
- Main peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip, dimana pelakon-pelakon cuba menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada kepada murid-murid lain supaya mempraktikkan kepada diri mereka berdasarkan peranan yang dimainkan secara spontan.
- Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai. Masalah ini dikemukakan kepada murid dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya melalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan sebagainya.
Teknik Sumbangsaran
- Teknik ini dikenali juga sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea.
- Boleh diaplikasikan sebagai aktiviti permainan bahasa pada peringkat sekolah rendah dan berkembang menjadi aktiviti perbincangan yang lebh serius dan kompleks pada peringkat sekolah menengah, universiti dan latihan profesional.
- Menekankan pengeluaran idea daripada pembelajaran yang kretif dan bukan pembelajaran secara analitis.
Teknik Permainan Bahasa
- Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik permainan.
- Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada murid memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik.
- Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
- Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan dalam sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya.
Teknik Bercerita
- Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar.
- Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan.
- Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis di kalangan pelajar.
- Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata.
- Suara memainkan peranan yang penting di mana ia harus di kawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.
Teknik Drama
- Sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual.
- Tujuan utama adalah untuk melatih murid menggunakan unsur bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala dan dll) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan.
- Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang murid untuk menghubungkan perasaannya dengan matapelajaran yang dipelajarinya.
- Murid bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu.
- Drama berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat bantu pengajaran dan pembelajaran.
- Dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada murid, disamping dapat menyuburkan sahsiah murid.
BANDING BEZA CIRI-CIRI STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK
STRATEGI
|
PENDEKATAN
|
KAEDAH
|
TEKNIK
|
Berdasarkan pertimbangan terhadap teori pembelajaran, pendekatan kaedah dan teknik mengajar
|
Bercorak abstrak
|
Bersifat konkrit
|
Lebih khusus atau spesifik
|
Rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan
|
Satu pandangan, pendirian, pegangan atau falsafah bagi melihat, memahami dan mendekati sesuatu perkara
|
Cara mengajar yang disusun dan dilaksanakan untuk mengajar kemahiran bahasa
|
Wujud dalam bentuk aktiviti, strategi atau taktik dan bahan atau alat yang berkaitan
|
Strategi penggabungjajalinan kemahiran
-strategi
penyerapan nilai-nilai murini dalam pengajaran
|
Pendekatan empirisis
-pendekatan rasiomalis (mentalis
-pendekatan komunikatif
|
-kaedah tubi
-kaedah terus
-kaedah dengar dan sebut
-kaedah bersiri
-kaedah terjemahan
-kaedah tentera
|
-teknik kloz
-teknik bacaan nyaring
-teknik bercerita
-teknik drama
-teknik korus
-teknik dialog
|
PENUTUP
- Kebolehan murid melibatkan diri dalam situasi pengajaran dan pembelajaran bermakna di dalam bilik darjah merupakan kehendak standard untuk setiap warganegara yang bertanggungjawab dalam masyarakat moden dan demokratik.
- Kita harus melahirkan murid sebagai pemikir berkesan dan ini merupakan matlamat penting dalam dunia pendidikan.
- Jika kita inginkan murid bertidak secara efektif dalam setiap aktiviti yang dianjurkan, maka kita perlu menyesuaikan pendekatan, kaedah dan teknik yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Bibliografi
http://www.slideshare.net/artventure/bme-3102-konsep-strategi-pendekatan-kaedah-kump-syafiq-presentation
http://www.tutor.com.my/tutor/archives/CADfPP/HSP/UPSR/BM/
http://www.scribd.com/doc/49253307/Kaedah-Pengajaran-Bahasa-Melayu
Subscribe to:
Posts (Atom)